KUALA BERANG: Op Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini ternyata membawa seribu satu rahmat kepada Mad Sudin Mustapa, 63, yang baru kehilangan ibunya pagi ini.
Ibu Mad Sudin, Kalthom Mat, 84, meninggal dunia pada kira-kira 9 pagi tadi akibat sakit tua.
Malangnya, kediaman dihuni dua beranak itu di Kampung Bukit Tadok, di sini ditenggelami banjir sejak semalam hingga menyukarkan kerja pengurusan jenazah warga emas berkenaan.
"Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana menghantar pasukan ATM memudahkan kerja menguruskan pengebumian ibu saya hari ini.
"Memang susah kalau tiada mereka kerana terpaksa bergantung kepada orang kampung yang saya rasa mungkin menghadapi kesukaran untuk meredah banjir sambil mengusung jenazah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mad Sudin berkata dia segera bersetuju untuk menggunakan khidmat pasukan itu setelah dikhabarkan oleh penghulu kampung tentang operasi ATM di kampung mereka yang sedia menawarkan bantuan pada bila-bila masa.
Penugasan ATM oleh Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Seri Pantai, Kuala Nerus itu diketuai Mejar Shah Hadi Shah Budin.
Sepasukan anggota yang diberi tanggungjawab mengurus situasi banjir di daerah Hulu Terengganu itu, mengusung jenazah Kalthom turun dari kediamannya lalu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Bukit Tadok untuk dimandi, dikafan serta disolatkan sebelum dibawa menaiki bot hingga ke tanah perkuburan di kampung berkenaan selepas solat Asar, petang ini.
Pegawai Memerintah batalion itu, Lt Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata bantuan menguruskan jenazah warga emas berkenaan merupakan antara tugasan kumpulannya yang diatur gerak sebagai 'first responder' membantu mangsa banjir di daerah tersebut.
Atur gerak berkenaan, katanya melibatkan tiga pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat termasuk aset perairan serta kenderaan bagi membantu memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat 4 petang ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai 1,067 mangsa terjejas banjir gelombang keempat di negeri itu, dengan tiga PPS masih dibuka di daerah Hulu Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Anggota Angkatan Tentera (ATM) terpaksa meredah banjir bagi mengusung jenazah warga emas, Kelthom Mat, 84, yang meninggal pada jam 9.00 pagi akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Bukit Tadok hari ini. - Foto BERNAMA
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.